Terdapat 2 kaedah untuk membuka Ginee Chat dalam Mac OS berdasarkan versi Mac OS anda:
Kaedah Pertama
1. Sila muat turun Pemasang Ginee Chat terlebih dahulu melalui SaaS Ginee anda dengan klik butang Ginee Chat di bahagian kiri Ginee, kemudian klik Mac OS untuk memuat turun Pemasang versi Mac OS.
Setelah berjaya dimuat turun, Fail Pemasang adalah seperti ini dalam format dmg.
2. Buka Pemasang, lalu klik ikon Ginee Chat, tahan, dan pindahkan ke folder Aplikasi untuk memasang
3. Setelah selesai memasang, folder Aplikasi anda akan muncul Ginee dengan ikon seperti ini
4. Klik icon Ginee Chat untuk membuka Aplikasi Ginee Chat. Bagi yang sudah berkemampuan untuk membuka, anda boleh langsung menggunakan Ginee Chat.
Jika anda masih tidak dapat untuk membuka kerana terdapat masalah, aplikasi tersebut dianggap sebagai aplikasi tidak rasmi. Jangan risau, anda boleh meneruskan dengan langkah seperti berikut:
5. Sila ambil perhatian bahawa Aplikasi Ginee Chat adalah Aplikasi Rasmi daripada Ginee sendiri, tetapi aplikasi ini bukan langsung dari Apple Store, peranti anda sewajarnya akan memberitahu anda sedemikian. Tetapi Ginee Chat adalah aplikasi yang 100% selamat untuk pengguna.
Apabila terdapat skrin seperti di atas ini, sila klik butang tanda soal di bahagian bawah sebelah kiri.
6. Kemudian tetingkap Panduan Pengguna Mac OS akan muncul. Pergi ke bahagian paling bawah pada halaman, cari “Open the General pane for me” dan klik pautan tersebut.
7. Setelah klik pautan tersebut, maka anda akan melompat ke halaman Security & Privacy, sila klik simbol gembok di bahagian bawah sebelah kiri
8. Masukkan kata laluan anda dan klik Unlock.
9. Di sini anda akan melihat bahawa gembok telah berjaya dibuka, kemudian klik “Open Anyway”
10. Lalu klik “Open”
11. Setelah itu anda boleh membuka Aplikasi Ginee Chat dan sila log masuk dengan menggunakan Akaun Ginee anda.
Kaedah Kedua
1. Sila muat turun Pemasang Ginee Chat terlebih dahulu melalui SaaS Ginee anda dengan klik butang Ginee Chat di bahagian kiri Ginee, lalu klik Mac OS untuk memuat turun Pemasang versi Mac OS.
2. Setelah berjaya memasang, pergi ke Finder – Application – dan cari Ginee Chat, lalu klik kanan dan pilih “Open”, kotak gesaan akan muncul
3. Pilih “Open” di kotak gesaan, dan anda boleh menggunakan Ginee Chat seperti biasa